Thursday 31 October 2013

Just 5 Days More !

Assalamualaikum !
Hola ~

Dah baca title hari ni ? Yang kat atas tu ..

Ya ! Just 5 days more . After that , world war akan meletus ! Just for me and other form 5 students je la . Of course the SPM examination .

The truth is i'm not in study mood . Just imagine , dekat sekolah memang  kena buat paper paper yang cikgu suruh buat tu . Memang happy sangat coz satu hari just satu subjek but the prob is aku bosan banyak kertas sangat  sangat . Bilik dah macam pusat kitar semula aku tengok , dengan kertas berlambak lambak . Mana sempat nak kemas . Kalau timbang ada la lebih 2 kg kot or lebih lagi :)

Here's the story :

::  Saturday, ikut bengkel pecutan Spm . Yeah, consultant tu promote kat sekolah gaya gempak macam grand dia punya program tu nanti . Aku pon excited nak join coz macam okey but kat sana , satu subjek just satu jam lebih sikit je masa yang di bagi kat orang bagi tunjuk ajar tu . For me , tak cukup kot . express sangat . Then, balik malam . Tak sempat kemas .

:: Sunday . Weekend right ? But i have classes to attend . Lepas je hantar member balik asrama aku siap siap nak pegi kelas . Chemist 10.30 until 12.30 terus sambung Add Maths pulak petang tu 3.00 until 5.00 . Memang aku tak balik la . Lepak kat masjid sorang sorang baca PQS . Yang aku teruja giler tu , jumpa Kak Maysun ! My ex-kakak dorm . Miss her so much ! Dua tahun kot tak jumpa . Sempat la sembang kejap . Balik petang tu dah penat . Malam tetido awal , tak sempat baca PQS sampai habis .

:: Hari Isnin ada pra-SPM untuk subjek Quran dan Sunnah (PQS) . Aku buat dengan penuh berhati hati . Korek korek otak bagi keluar apa apa yang aku penah belajar . Hasilnya , aku dah tau keputusannya semalam .

:: Selasa subjek Bahasa Melayu je . Buat soalan kertas satu and dua . Okay . Berjaya harungi dengan tabah dan sabar .

:: Rabu (semalam la) . Pagi tu lepas solat  hajat semua tu pegi dewan nak susun meja untuk SPM . That time baru feel , 'Weyh next week SPM dah ! ' . Then , siap taklimat semua pegi sedia untuk subjek English pulak . Still happy lagi even dah ada feel penat coz otak keje non stop . Haha . Funny ~~

:: Selasa and rabu malam jadi pembimbing kat sekolah . Ajar kengkawan Additional Mathematics . Dua hari . Memang lagi tambah tak sempat nak kemas semua kertas yang cikgu bagi tu . Malam first okay lagi . Sleepy time dah nak balik . Malam second tu, baru 9 lebih kot , aku dah mengantuk . But aku tahan demi diorang . Ceceh , suwit pulak bunyinye ! Betul kan . Sacrification ~

:: Today means Thursday . Buat BM lagi . Hari ni memang susah . Otak tak boleh nak coperate dah dengan aku . Siap buat paper 2 nak kena sambung buat karangan pulak . Aku dah tak tahan pegi bantai tido . Lantak la nak kata apa . Tu je boleh buat aku tenang time tu . Kalau tak menggila aku buat bising menyembang je dengan jiran aku tu . Hari  ni jugak dapat paper pra-SPM PQS . Like what i said tadi . Aku dah tau dah marks aku berapa . Memang sengih aku berjaya buat rekod terbaik tahun ni . Haha .

Flashback ::
Rabu tu ustazah datang kat aku time semua orang duduk kat tempat sendiri kat meja exam . Suddenly aku di tanya soalan yang buat aku tergagap gagap nak menjawabnye . 

U : Ha Syifaa ! Kamu ada buat salah apa kat saya ?
I : Ha ? Buat apa ? -dah menggelabah-
U : Kamu la . Ada buat salah apa kat saya ?
I : Tak tau . -muka cuak nak meleleh dah-
U : Isnin tadi periksa kamu baca buku tak ?
I : Baca tapi tak habis semua -dalam hati; dah agak dah- .
U : Kamu tau tak kamu dapat 59 je . Nanti buat skema jawapan .
I : Okay :)
U : Jumpa saya nanti ambik skema . Kamu salin je .
I : Okay .

End of story .

See , cuak tak cuak la kan . Imagine, aku baru membangga sikit coz dapat marks exam gerak gempur Add Maths paper 2 highest . Dapat kalahkan mereka yang lipat ganda sikit pandai dari aku . Especially Idin yang memang gila sikit dengan Add Maths ni . Suddenly dapat result untuk PQS , nama aku bawah sekali . Bapak tak lawak ! Orang terkejut kot aku paling rendah . Kalau 60 above okey la lagi kan . 59 weyh ! Sentap sikit . Because of apa yang aku dah story tu , baru aku tersedar yang aku tak buat satu perkataan pon lagi untuk skema tu . So , sekarang pon dah pukul 10 kot . Baik buat sekarang kan . Set masa confirm sejam kena siap benda tu . Nak tido . Esok dah kena pulang paper skema tu balik . So , got to go now . Nite .

-Tak online pon kau . Dah la aku susah nak online dah di ambang ambang pekse ni . Tak pe , ada jodoh kau on . Kita bertemu lagi di alam maya . huhu :) Gelabah kau Syi !-

OMG ! Kau on !!!!!


I am ,
:: Syifaa :: 

No comments:

Post a Comment