Thursday, 6 November 2014

Semester 1 is over!

Hai Assalamualaikum...

Nampak tak title kat atas tu ? Haha :D pejam celik pejam celik,  dah habis sem1 . Macam pelik pon ada . Entry sebelum ni baru cerita pasal nak pergi further study kat mana,  tetiba terus habis sem ! Haha:D tengok date la bro . Berabad tak update blog . Berabad ke ? Okay,  cukup la aku cakap 5 bulan lebih sikit . Kalau rumah la kan,  dah reput kena makan anai anai dah kot .

Actually,,,,,,,,  rindu sangat nak update blog ! But,  I don't have Inche Laptop yang sudah semestinya lebih selesa digunakan untuk update blog . Oleh itu,  aku tahankan je diri selama 5 bulan ni . Balik raya bulan 7/8 tu pon tak sempat nak update . Balik pon untuk raya kan,  busy seh . Lagipon, cuti seminggu je time tu . Raya rumah orang pon tak sempat tau! Ni pon aku type guna phone yang huruf cenonet tu . Stress ku rasakan apabila typo menyerang . Hahha.  Ayat tak nak kalah .

Okay , aku tak nak cerita pasal apa apa yang aku hadapi , alami , selami , rasai or apa apa yang hujungnya iiiiiii la . Aku nak bercerita pasal semua tu bila aku dah tamat program ni . Nampak tak bila tu ? Haishh, tak lama je lagi . About another 5 months . Hamek kau ! Main bulan dah sekarang . Dulu,  time zaman sekolah kalau boleh kalau ada apa apa jadi kat sekolah tu,  time tu jugak la nak update kat sini . Macam desperate sangat je nak share . Tapi dah masuk kolej , hurmm harem.. Dalam hati jerit 'ni sebab laptop tak de laaaaaaaa! ' haha :D rasa tak hati aku express feeling dia dengan penuh perasaan ? Tak yah fikir .

Sepanjang sem1 ni,  everything okay just kadang kadang tu rindu la jugak kat rumah . Kalau kau ada kat tempat aku pon,  mesti perasaan nak balik tu membuak buak siap limpah limpah lagi . Just bayangkan , aku balik rumah dua kali je dalam 5 bulan aku kat kolej tu . Balik raya pastu balik cuti sem . Mana tak melimpah feeling tu . Hoho . Yang kawan aku sorang tu dok balik ja kerja dia . Dah tu habaq kat ceq, 'aku kat tututut ni...'  kat rumah dia la tu . Aku dalam hati,  'nak balik jugak!! 'Hanya mampu memekakkan telinga,  mengentalkan hati , menutup mata,  tido je kat katil kolej ni tanpa bantal kesayangan disisi .

' Sadis cerita kau '

Dah lah . Adat la orang merantau . Kalu bukan sekarang,  bila lagi nak rasa duduk jauh kan . Satu hari nanti kena jugak duduk pisah dengan rumah dan seisinya . Perempuan kan . Mesti kena follow Mr nanti . So,  tak payah la nak mengharap akan duduk kat rumah tu sampai mati . Go and feel the nature and create a lot of new experience to have an awesome future ! Dalam kubur nanti lagi la dok sorang sorang . Ngeeeeee ...

Rasanya macam dah panjang ni . So,  aku sambung lain kali okay . Sekarang ni pon aku kebosanan sebenarnya sebab baru je semalam (time aku tulis ni) aku habis exam final untuk sem1 . Okay got to go .

Bye bye : D

The Me
Syifaa

Saturday, 17 May 2014

Seminggu Je Lagi .

Heyyo .

Tengok title itu . Tinggal seminggu je lagi . Hurmmm

Cuak tak fikir apa yang akan jadi seminggu lagi ? Korang tak cuak la kot tapi aku . Seminggu je lagi boleh duduk kat tanah rumah aku nih . Next week aku dah tak de kat sini ..

Lama tak update . Busy . Mood tak de . Risau tunggu result UPU . Exam mid-year . So, memang tak de masa . Lepas ni aku pergi jauh . Lagi la tak sempat nak update kot .. Haiyoo ~

Actually , macam ni ceritanya . Aku tak dapat uni even aku punya result SPM agak gempak orang kata . Semua terkejut sebab aku tak dapat . Aku pon terkejut jugak sebab tak dapat tapi yang peliknya aku tak rasa sedih langsung . Langsung ! Nampak tak aku tak heran pon dengan uni tu semua . hahha . Orang lain siap bercerita kat laman laman yang ada sebab sedih tak dapat uni *okayjanganterasa* .

Hari result UPU keluar tu , aku gelabah gila nak tau cepat sangat siap bawak phone pergi sekolah . Langgar peraturan kejap . Hahha ! Then tepat pukul 12 aku cakap kat sorang member ni . Dii , dah  pukul 12 ! Terus hantar SMS . Aku pon dah tengok dia hantar aku pon buat la . Setengah jam lepas tu , orang tu reply balik . Dia kata Syii , tak dapat ~ Aku pon cuak gila . Dia tak dapat macam mana la pulak aku nih .. Tak lama lepas tu .